Friday, May 2, 2008

Bid'ah Hasanah-Part II

Sesungguhnya bid'ah adalah ancaman terbesar terhadap ketulenan agama. Hilangnya ketulenan agama nabi-nabi terdahulu adalah disebabkan bid'ah yang dilakukan oleh pengikutnya. Ulamak-ulamak besar terdahulu sgt memandang serius permasalahan ini kerena hal ini berkait rapat dgn ketulenan ISLAM yang dibawa oleh Rasulullah 1400 tahun dahulu. Umpamanya dlm kitab hadis yg terkenal (Al-Sunnah) dari al-Hafizd Ibn Abi 'Asim (278H) jilid 1, m/s 21, ada memuatkan riwayat-riwayat yg memberi amaran keras terhadap pembuat bid'ah dan mereka yg meninggalkan sunnah.

Mereka yg mendapat gelaran al-Hafizd dalam ilmu hadis menunjukkan yg beliau mempunyai pengetahuan yg luas dlm ilmu hadis sehingga ape yg beliau tahu tentang ilmu hadis, kecacatan hadis, dan sebgainya adalah lebih byk dari ape yg beliau tidak tahu (ref: Nur al-Din 'Itr, Manhaj al-Naqd fi 'Ulum al-Hadith, m/s 76)

saya ingin tekankan di sini bahawa perbincangan permsalahan bid'ah ini adalah salah satu cabang permsalahan dalam ISLAM. Bukanlah bermaksud bid'ah ini adalah permsalahan utama yg perlu dipandang oleh semua umat ISLAM. saya berlapang dada sekiranya ada antara kita yg berpendapat isu Palestin atau isu murtad adalah lebih utama yg perlu diselesaikan dahulu berbanding isu bid'ah. DI sini saya ingin mengutarakan bahawa keutamaan diberikan kepada keadaan situasi yg dialami. sebagai contoh, sekiranya kita bertemu dgn non muslim, isu bid'ah semestinya bukan isu yg sepatutnya diutarakan atau dibincangkan. isu tauhid adalah lebih utama. sekiranya kita bertemu dgn perompak, isu bid'ah adalah sgt tak relevan untuk dihujahkan kerena membetulkan kesilapan perompak itu adalah lebih utama pada ketika itu. akan tetapi sekiranya kita bersua dgn ustaz-ustaz yg pengaruhnya besar dlm masyarakat, isu ketulenan agama dan kedaulatan Sunnah Rasulullah adalah paling relevan yg patut diutarakan.

Bid'ah merangkumi byk cabang dan simpang dalam ISLAM dan saya hanya akan membincangkan dari sudut ibadah sahaja. hari ini terlalu byk amalan-amalan baru yg diperkenalkan oleh golongan2 yg menggunakan platform ISLAM sbg sandaran dan SUnnah Rasulullah sbg alasan sehinggakan boleh membawa kpd kekufuran. ajaran seperti Islam Liberal sgt merbahaya kerana mereka cuba mengubah ISLAM yg dibawa oleh Rasulullah mengikut kehendak dan peredaran semasa. hal ini sekiranya tidak dibendung, maka apa yg berlaku terhadap kesucian ISLAM yg dibawa oleh Nabi Isa a.s akan turut berlaku kpd ISLAM yg kita anuti sekarang. tokok tambah yg berlaku dlm ISLAM yg dibawa oleh Nabi Isa a.s telah menyebabkan agama itu menjadi kotor dgn perkataan manusia yg dikatakan datang dari ALLAH. Kita tidak mampu lagi membezakan yg mana asli dan yg mana tambahan yg dibuat oleh pengikut Nabi Isa a.s..hal yg sama akan berlaku sekiranya kita tidak membendung isu bid'ah dalam agama ISLAM yg kita anuti ini.

Generasi akan datang akan tertanya2 adakah ISLAM yg diperolehi dari generasi kita ini adalah ISLAM yg sama yg disampaikan oleh Rasulullah dan para sahabat?

sebelum saya akhiri part II ini, marilah kita memperbanyakan doa Rasulullah (maksud)yg diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya- hadis no. 770 (kitab solat musafir dan mengqasarkannya, bab doa pada salat malam):

Wahai (ALLAH) Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui Yang Ghaib dan yang Nyata. Engkau yg menghukum apa yang hamba-hamba MU berselisih di antara mereka. Tuhjukkanlah aku kebenaran mengenai apa yang diperselisihkan dengan izin-Mu. sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus..

No comments: