Thursday, May 8, 2008

Definition of Bid'ah-Part 1

I welcome all of you who come to my blog with Islamic greeting..Assalamualaikom wbt. May peace, blessing and mercy of ALLAH be upon all of you(Dr zakir naik punye greeting.hehe).

Ari ni saya akan sambung discussion psal bid'ah. dah lame saya tinggal. Ari ni saya akan sambung ngan definition of bid'ah, ape yg kite paham ngan bid'ah dan adakah bid'ah yg kita fahami tu same ngan bid'ah yg disyarahkan oleh ulamak2 terdahulu.

Definition bid'ah dari segi bahasa adalah membuat sesuatu tanpa ada sesiapa yg buat sebelum ni atau tanpa ada contoh sebelum ni. Muhammad bin Abi Bakr al-Razi rahimahullah berkata dalam Mukhtar al-Sahih m/s 38:

"membuat bid'ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada sesuatu contoh"

Hal yg sama dapat dilihat dalam al-Mu'jam al-Wajiz m/s 40 yg mana menyebut bid'ah dari segi bahasa adalah mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya.

Manakala definition bid'ah dari sudut istilah pula dapat dilihat dalam kitab al-Iman Abu Ishaq al-Syatibi (w 790H) yang bertajuk al-I'tisom yg mana definition ini telah disepakat oleh para ulamak muktabar bahawa definition al-Syatibi adalah definition terbaik bg menerangkan bid'ah dari sudut istilah.

Al-Syatibi menerangkan bid'ah sebagai yg berikut yg boleh dilihat dalam kitab beliau, al-I'tisom m/s 27:

"Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannnya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada ALLAH"

Al-Syatibi menerangkan bahawa jalan rekaan itu mestilah disandarkan kpd agama, maka barulah ia dianggap bid'ah. sekiranya ia tidak disandarkan kpd agama, ia tidak dikira bid'ah. sbg contoh, membuat sekolah tidaklah dikira bid'ah kerana ia tidak disandarkan kpd agama walaupun ia tidak terdapat pd zaman Nabi.

Begitu juga perbuatan adat kebiasaan yg dibuat atau diamalkan oleh masyarakat. selagi tidak disandarkan kpd agama, maka ia tidak dianggap sbg bid'ah yg dilarang oleh syariat. Yang dilarang adalah bid'ah yg berkaitan dgn agama yg mana beramal dengannyadianggap mendatangkan keberkatan dan pahala padahal amalan itu tidak pernah diajar oleh Nabi dan tidak pernah diamalkan oleh sahabat2.

Maksud al-Syatibi tentang yg menyerupai jalan syarak sedangkan ia bukanlah syarak ialah amalan2 yg menyerupai ibadat2 seperti solat atau puasa yg mana telah diajar oleh syarak akan tetapi ia bukanlah ibadat yg dianjurkan oleh syarak.

contohnya adalah seperti meletakkan batasan2 tertentu seperti bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk atau mengasingkan diri untuk beribadat, menghadkan makan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa ada dalil drpd syarak yg mengiakannya.
-Hal ini dpt dilihat dalam certain2 jemaah pada hari ini yg menghadkan fesyen tertentu seperti baju kurta India atau gaya serban guru mereka sbg pakaian agama dan dianggap mendapat berkat sekiranya mengamalkannnya.

beriltizam dengan kaifiyyat(cara) tertentu dan haiat(bentuk) tertentu yg tiada dalil sahih juga dilarang oleh Islam dan dianggap bid'ah. ini boleh dilihat sebagai contoh berzikirdalam bentuk perhimpunan dengan satu suara dan juga merayakan hari lahir Nabi SAW.

Juga beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tiada penentuan tersebut dalam Islam. contohnya beriltizam puasa pada hari nisfu sya'ban dan solat pada malamnya.

::End Of Part One::

No comments: