Friday, May 9, 2008

Tertolakkah Amalan Kita??

Alhamdulillah byk blog yg saya browse kebelakangan ini menceritakan tentang hal2 ilmiah dan agama. Semangat btul bila saya baca kisah2 yg ditulis, susunan ayat2 dan wording yg menyentuh perasaan, buat saya merenung jauh tentang kehidupan kita di dunia ni. Ramai shabat2 yg begitu berbakat dalam menyampaikan apa yg tersirat di hati. Ingin skali saya miliki kebolehan seperti itu..

Tetapi di sini saya bukanlah ingin berbual pjg tentang blog siapa plg best atau hebat, jauh skali bercerita tentang blog siapa yg plg ilmiah atau beragama(I didnt say anything about anyone retaled with any blog here). Apa yg ingin saya kupas di sini ialah tentang ibadat dan amalan kita
yg mungkin tertolak akibat kejahilan kita.Nauzubillah..

Saya ada mendengar satu ceramah disampaikan sorang ustat yg membincangkan tentang syarat2 utk amalan kita diterima. Terdapat 2 syarat shaja utk amalan sorang Muslim itu diterima iaitu dia mestilah melakukan amalan itu dgn ikhlas dan kedua mestilah mengikut Sunnah Nabi SAW.

Contoh yg boleh diberi bagi syarat pertama adalah sgt mudah iaitu amalan yg dilakukan utk tujuan menunjuk2 atau kerana selain dari ALLAH adalah tertolak. Saya rasa syarat pertama ini disepakati oleh semua orang tanpa ada bantahan.

Contoh bg syarat kedua ialah, amalan yg dilakukan walaupun ianya baik tetapi sekiranya tidak mengikut Sunnah adalah tertolak. Kisah Aminah Wadut adalah contoh terbaik bg menerangkan syarat kedua ini. Aminah Wadut merupakan wanita yg sgt kontroversi kerana telah mengimamkan solat jumaat yg mana terdapat lelaki yg menjadi makmun ketika itu.

Sekiranya ditanya kpd Aminah Wadut, alasan yg plg hampir yg akan keluar dari mulutnya ialah:

"ape salahnye..benda ni baik. Smayang jumaat ni, bukan saya ajak org pi sembah batu.."

Akan tetapi, dunia ISLAM mengutuk keras tindakan Aminah Wadut kerana tiada dalil dan Nas yg membenarkan dia utk menjadi Imam bg solat jumaat itu. Tiada wanita yg dibenarkan dalam ISLAM utk menjadi imam bg solat jumaat, tidak pernah berlaku di zaman Nabi dan sahabat2..Ini adalah satu bid'ah yg terang.

Sekiranya kita dalami ibadat kita sehari2, sejauh manakah kita tau adakah ibadat yg kita amalkan sehari2 itu adalah ibadat yg sama yg diamalkan dan disampaikan oleh Nabi dan para sahabat? Atau adakah ibadat yg kita amalkan itu merupakan satu tokok tambah yg dilakukan oleh golongan seperti Aminah Wadut yg beramal dgn menggunakan akal.

Alasan baik dan menaikkan semangat bukanlah alasan yg boleh mensyariatkan sesuatu amalan baru. Syariat tidak boleh dibuat dgn menggunakan akal kerana syariat ISLAM hanyalah disampaikan oleh Nabi SAW daripada ALLAH. Tiada lagi syariat2 baru setelah kewafatan Nabi tercinta..

Oleh sbb itu, apa alasan kita utk menjustifikasikan sesuatu amalan yg kita amalkan sekiranya amalan tersebut tidak pernah disampaikan oleh Nabi junjungan? Adakah dgn hanya beralasan ianya baik sudah memadai?

Zaman Nabi dan zaman kita sejauh 1400 tahun. Sekiranya hal ini boleh di analogikan dgn sebatang sungai yg mengalir sepanjang 1400km, sudah mestinya dihilirnya terdapat seribu satu pencemaran. Hal yg sama berlaku kpd agama ISLAM. Seribu satu tokok tambah telah dibuat sepanjang 1400 tahun ini sehinggakan kita tidak mampu lagi utk membezakan yg mana asli dan yg mana palsu.

Si tua mati dgn mengamalkan amalan bid'ah dan si bayi lahir kenal dunia dgn dikelilingi oleh amalan bid'ah jua..tidak mampu bezakan mana Sunnah dan yg mana fitnah..

Nabi pernah berkata yg maksudnya lebih kurang berikut(akan dicari hadith asal serta rujukannya, insyaALLAH):
Zaman yg terbaik adalah zamanku, zaman selepas zamanku, dan zaman selepas zaman selepasku..

Pendapat ulamak yg rajih(kuat dan majoriti) mengatakan ianya adalah tiga generasi terawal selepas kedatangan ISLAM yg dimaksudkan oleh Rasulullah itu.

Oleh sbb itu Kembali kpd Sunnah merupakan cara terbaik utk kita mengetahui adakah amalan yg kita lakukan benar2 mengikut Sunnah SAW. Jgn lah kita terlalu semangat utk berjuang dan kembali kpd ISLAM tanpa mengetahui kebenaran ISLAM itu sendiri.

Peace..

4 comments:

Unknown said...

salam....
selamat berblog ye.....

As said...

different people, different way of conveying the message. So, just do it in your way.

Thanks for the reminder :)

Anonymous said...

I totally agreed with u sis, we hav so many ways of conveying the message but 1 thing that we hav to make sure is, the message that we convey must hav to be the real one..the one that had been practiced by the sahabah and the one that Rasulullah had conveyed.

jzk

As said...

agreed!