Friday, May 16, 2008

USOLLI...USOLLI..Adeihh

Kelas Fardhu Ain kat sekolah2 ajar tentang niat solat dan kita dikehendaki menghafal niat2 tersebut kerana dianjurkan utk bersolat diwajibkan dimulakan dgn niat. tp sejuah manakah kewajipan ini benar dari perspektif ISLAM yg sebenar? Apa yang saya ketemu dan pelajari dalam hal ini adalah berlawanan dengan bagaimana yang diterangkan para ulama berdasarkan dalil-dalil Al Qur’an dan As Sunnah dengan pemahaman yang sebenar yang diwarisi dari para shahabat (salaf assoleh) ridhwanullahi alaihim ajma’in.

Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata dalam Asy-Syarhul Mumti’ (2/285):
“Ketahuilah bahwa niat itu tempatnya di qalbu (hati)"

oleh karena itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

“Sesungguhnya amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang dia niatkan.” (Muttafaqun ‘alaih, dari shahabat ‘Umar ibnul Khaththab radhiallahu 'anhu)

Maka niat itu bukan amalan anggota tubuh, oleh karena itu kami mengatakan bahwa melafadzkan niat adalah perkara perkara yang ditambah dalam agama.Tidak disunnahkan bagi seseorang jika hendak melaksanakan suatu ibadah2 untuk mengucapkan:

اللَّهُمَّ نَوَيْتُ كَذَا أَوْ أَرَدْتُ كَذَا

“Ya Allah tuhanku, aku berniat untuk…” atau “aku bermaksud untuk…”, baik secara jahr (keras) maupun sirr (perlahan), karena hal ini tidak pernah dinukilkan dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Apakah kita tidak sedar bahawa Allah itu Maha Mengetahui sehinggakan diwajibkan utk kita melafazkan niat sebelum bersolat?

وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.[Al-Baqarah 2:29]

Maka jelas Allah mengetahui apa yang ada dalam qalbu setiap orang dan oleh itu tidak perlu dilafazkan niat itu.

Mungkinkah Rasulullah terlupa mengajarkan bahawa niat itu harus dilafazkan?

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِين
اً
Hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.
[Al-Maidah 5:3]

Sebuah hadith sahih yang masyur dalam bab solat yakni Muttafaqun ‘alaih dari shahabat Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:-

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَكَبِّرْ


“Jika kamu bangkit (berdiri) untuk shalat maka bertakbirlah (yakni takbiratul ihram).”

Kenapa agknya Rasulullah saw TIDAK bersabda "Jika kamu bangkit (berdiri) untuk shalat maka UCAPLAH secara jahar [SAHAJA AKU SOLAT FARDHU...bla..bla.]"??

KITA YANG BERMAZHAB SYAFIE'?

Jika ada sahabat yang dah "panas punggung" mendengar hujah2 di atas maka sekali lagi izinkan saya berhujah dari sudut mazhab syafie' pula.

Ada antara kita malah ustaz/ustazah sanggup mengatakan bahawa lafaz niat tersebut terdapat dalam kitab Al-Umm(Kitab Induk Imam As-Syafie') dan ini merupakan suatu dusta terhadap mereka yang bertaqlid.

Maka merupakan suatu kekeliruan jika dikatakan bahwa dalam kitab Al-Umm ada penyebutan melafazkan niat. Tidak ada dalam kitab Al-Umm penyebutan tersebut.Dan melafazkan niat tidak ada sama sekali dalam ibadah apapun dalam agama ini KECUALI dalam talbiyah sahaja.

لَبَّيْكَ عُمْرَةً أَوْ لَبَّيْكَ حَجًّا

“(Ya Allah), aku memenuhi panggilan-Mu untuk menunaikan umrah”

Antara punca wujudnya melafazkan niat ialah apabila terdapat ulama' khalaf salah memahami perkataan Al-Imam Asy-Syafie' tentang solat bahawa:
‘Solat itu tidak sama dengan puasa, maka tidaklah seseorang mengawali solatnya kecuali dengan dzikir,’

Mereka memahami bahawa solat itu dimulakan dgn lafaz niat sedangkan yang dimaksudkan oleh Imam Syafie' ialah takbiratul ihram, bukan yang lainnya.

Saya nukilkan kata2 Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah untuk menguatkan lagi hujah yakni

“Bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam jika hendak melaksanakan solat beliau mengatakan اللهُ أَكْبَرُ, dan Baginda tidak mengucapkan sesuatu sebelumnya. Dan tidaklah Baginda melafadzkan niat sama sekali dan tidak pula mengatakan:

أُصَلِّي لِلَّهِ صَلاَةَ كَذَا مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ إِمَاماً أَوْ مَأْمُوْمً

“Aku berniat shalat ini (dzuhur misalnya) menghadap kiblat, empat rakaat, sebagai imam,” atau “sebagai makmum.”

Maka saya akhiri kalam dengan katakan pada sesiapa yang mengatakan bahawa Rasulullah berniat dengan melafazkannya,katakan bahawa sila berikan hadith dari sanad yang shahih, dari shahabat,thabi'in, satu lafadz pun dari lafadz-lafadz itu.

Sedarilah saudara saudari bahawa itu merupakan satu perkara yang ditambah2 di dalam ibadah dan sebaik2 petunjuk ialah apa yang telahpun ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah saw.

Wallahua'lam.

4 comments:

Anonymous said...

Hi again fahmi..hmm..apa yg ko hujahkan tu mmg btol. niat tu apa yg t'lintas kat hati kite. x perlu lafazkan kecuali utk tujuan pembelajaran mcm yg ko petik dr kitab Al-Umm tu. aku setuju sgt2 sbb mmg itu kebenarannya. thanx sbb kuarkan hujah2 tu. skrg aku lbih yakin..

Anonymous said...

Hehe aku just sampaikan je..same2 la kite ceduk ilmu yg ade ek.aku pom blajar gak lagi..ade pape yg x puas hati, kite discus ek

As said...

Thanks bro for all the hujjah. baguslah, tak jumpa lagi article detail pasal ni.

Tingat nabil ada cite dulu masa sept 2006. Die cite pasal ni lah and bg cth. Katanya kalo ade pakcik sebelah die 2-3 kali duk Allahuakbar tapi asyik turun semula.

Kalo da 2-3 kali camtu die bitau die akan tahan je pakcik tuh and tanya pakcik nak solat ape.

Means asalkan kita da ade aim kita nak tunaikan solat ape, kire da berniat lah. Betul? So just angkat takbir je..

heh, kalau salah betulkan ye,

wassalam

Anonymous said...

Salam sis..
em btul dah tu ape yg sis paham.
spatutnya camtu la
tp hal ni sgt susah nak bg phm kat org ramai espcially kat org tua2. tp kite berlapang dada la kan, jgn gaduh2.hehe..
ade pape yg x phm jgn malu2 utk tanye..jgn taklid buta tau